Rabu, 6 Mei 2009
Kisah Cinta Seorang Suami
Ahad, 3 Mei 2009
Hempedu Bumi-Andrographis paniculatana Dan Senergi IMT HPA produk terbaru : New HPA Revelation For HIV treatment
Topik yang menarik dan Serius pada hari ini...
Pada pengetahuan orang ramai berdasarkan sumber rujukan dalam buku bertajuk 'Rahsia Herba' tulisan Herbalis Theresa Ong yang terkenal dalam kompilasi herba dalam kolumnis Majalah Mingguan Wanita...Hempedu bumi hebat dikatakan sebagai ubat 1001 macam malah boleh merawat penyakit kronik termasuk HIV....
Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Ismail kerana mengeluarkan produk based ini iaitu produk HPA iaitu IMT...bagi menggantikan painkiller yang sedia ada....
Mengubati selsema (1200 mg/hari), sakit tekak dan demam (pharyngotonsillitis) (3.9 g/hari) dan jangkitan pada saluran atas sistem pernafasan (340 mg). Mempunyai kesan merendahkan paras gula dalam badan, mengurangkan tekanan oksidatif, melindungi hati dari keracunan dan kesan antimalaria.
Kapsul IMT (Imuniti)
-utk pertahann badan/antibodi-ada herba hempedu bumi dan herba deep cleansing
-Lancarkan peredaran darah, kurangkan berat badan, buang angin
-Lawas perbuangan air kecil, menambah tenaga
-Bantu perhadaman, Mengatasi masalah sembelit, Melawaskan perbuangan air besar
-Kurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit
-Melegakan batuk, deman dan selsema
Jumaat, 1 Mei 2009
Khasiat Halba
Baru-baru nie kawan saya seorang herbalis mengesyorkan khasiat halba nie.....
Selalunya halba nie kita lihat dalam makanan nasi dagang di Terengganu tetapi ianya mempunyai khasiat tersendiri dalam resepi Alam Melayu....
Sebagai Contoh : sekiranya dicampurkan halba bersama-sama teh herba dengan madu HPA kesannya sungguh berkesan dalam melawan penyakit-penyakit kronik seperti anti-kanser, penuaan, radang paru-paru dan sebagainya....
Saya cadangkan penggunaan halba di dalam teh herba HPA bersama madu lebah untuk penjagaan kesihatan kita bersama-sama produk yang lain...contoh sukatan ialah dua sudu camca teh halba bersama satu sachet teh herba dan satu camca teh madu HPA....
Gunalah halba kerana khasiatnya sangat tinggi dan saya beli 300gram baru RM1.50 jer satu peket....sangat murah......
Insyallah sangat berkesan untuk pelbagai penyakit dan dalam pakej yg murah....
Sila rujuk perawat HPA dan Herbalis berdekatan untuk mengetahui khasiat halba ini...Gempur Radix...
Selasa, 28 April 2009
Amalan-Amalan Dalam Islam
Larangan dan Peraturan Selepas Makan
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.
Larangan-larangan terhadap amalan perbuatan dan kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
Faktor-faktor yang menguatkan tenaga tubuh badan
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.
Faktor yang boleh mendatangkan penyakit
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.
Faktor yang boleh melemahkan badan
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.
Supaya badan sentiasa sihat
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
Bagi menambahkan kecerdasan akal
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
Faktor-faktor yang membawa kepada menjadi pelupa/melemahkan daya ingatan dan kefahaman
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
Supaya air yang diminum mendatangkan kesihatan untuk badan seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.
Cara tidur yang sebaik-baiknya diamalkan oleh Rasullullah S.A.W
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
Waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
Bahaya tidur di siang hariDilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.
Cara Menghindarkan lesu selepas bangkit dari tidur
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
Perkara-perkara yang boleh melemahkan tenaga dan mempercepatkan tua
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.
Faktor-faktor yang membawa kepada lemah daya penglihatan
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.
Sebab-sebab utama ditimpa penyakit jantung
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan
Senarai yang dibuat ini setengah hanya sebagai petua atau nasihat untuk tidak melakukannya kerana dikatakan boleh mengundang penyakit...sekiranya ada kemusykilan sila jumpa perawat atau herbalis HPA yang berdekatan....
P/S: Untuk mengelakkan perkara-perkara di atas saya galakkan penggunaan produk HPA seperti Spirumadu atau Evergreen Centella dan sebagainya...
Isnin, 27 April 2009
Tanda-tanda penyakit
Sabtu, 25 April 2009
Homeparty Rumah Nur Telok Air Tawar
Cabaran dakwah pada hari itu yang saya pegang dan ingat ada hamba Allah itu apabila diterangkan tentang produk HPA dan pendapatan yang dijangkakan dan juga statement dari PJS Muzafar Aliyasak hasil aktif dalam HPA sebanyak RM9,000.00 sebulan dibalasnya dengan komen negatif iaitu 'pendapatan suami saya lebih dari itu' dengan nada sinis dan pandangan yang rendah.......kalau ikut emosi saya memang marah jugak dengan perlakuan sombong tadi tetapi apabila ditarbiahkan diri saya ringkas saya menjawab dengan nada sederhana, 'itu pendapatan suami puan bukan pendapatan puan.' Hamba Allah itu terus tersipu-sipu dan beredar dari situ....beberapa orang yang terdengar perbualan ringkas kami jadi tertarik dengan soalan ringkas saya tadi duduk dan dengar taklimat PJS Muzafar...
Akhir kalam, pihak kami ucapkan teruskan bersama-sama HPA dan pengalaman di Rumah Nur menghargai Ibu-ibu Tunggal yang memang memerlukan bantuan dari komuniti yang prihatin....
Jumaat, 24 April 2009
Makan Malam Menu Radix Oriental Cuisine Sg Petani
Kelmarin malam saya bersama keluarga singgah sebentar dan menikmati makan malam di Radix Oriental Cuisine atau singkatannya ROC....
Makan bersama keluarga nie , kadang-kala anak kecil buat ragam
Masakan yang dihidangkan terasa sedap sekali....air teh herba ini sebenarnya 'free flow' waduh memang kick gitu.....
Teguran Membina:
Rabu, 22 April 2009
Testimoni Terhadap Penggunaan 3D, Deu,Det,Karm pada saya
Untuk pengetahuan semua, saya ada mengalami tekanan darah tinggi yang ada pada genetik saya...
Pada bacaan pertama sebelum pengambilan 3D bacaan tekanan darah saya seperti berikut Dystolic 160, Systolic 93 , Pulse 110...
Selepas pengambilan 3 hari pada kiraan dos makan Deu pagi Karm tengahari dan Det malam pada kadar 1 kapsul setiap dos....badan saya ada mengalami sedikit penyahtoksid ruam pada badan saya....
Kiraan pada mesin tekanan darah pula menunjukkan penurunan mendadak pada tekanan darah saya iaitu Dystolic 138, Systolic 68 , Pulse 86...alhamdulillah penurunan yang saya tidak jangkakan dengan dos yang minimal yang mana Tuan Hj Ismail sarankan kepada ibu saya secara kebetulan telah menghadiri PIC bersama-sama beliau di Jawi, Perlis...Mak saya adalah seorang jururawat bertauliah juga terkejut dengan keputusan saya...
Terima kasih HPA...
Bertambah gembira saya lagi apabila sebelum itu saya telah mengambil bacaan gula saya iaitu 9.2 pada skala mesin penyukat kandungan gula dan selepas pengambilan 3D saya telah mencapai penurunan normal iaitu kepada 6.8...alhamdulillah....sekarang saya cuma kawal permakanan saya....
Selasa, 21 April 2009
Kenali Pemimpin HPA saya!
Pengenalan Perjuangan
Terima kasih dihulurkan kepada sesiapa yang membantu bagi memberi peluang untuk saya membentangkan kertas seminar tempoh hari..Seminar Keganasan terhadap Wanita dan Kanak-kanak anjuran Pej Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang bertempat di Penang Golf Resort pada 19/4/2009.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Fatimah Hajar dari Rumah Nur Telok Air Tawar kerana menjemput saya sebagai penceramah dan memberi peluang kepada HPA untuk slot perkembangan pemasaran...Peluang kepada pihak kami untuk memberi pemasaran produk halal lagi Thoyyibah...
Ucapan terima kasih kepada En. Abd Hijar dan isteri tercinta Mazni Kamis kerana bersama-sama meluangkan masa untuk bersama-sama dengan HPA dengan saya...
Saya ucapkan selamat perkenalan dan jemput-jemputlah selalu dalam blog saya ini!