Rabu, 6 Mei 2009

Kisah Cinta Seorang Suami



Salam HPA, bagi maksud pengertian pengorbanan Cinta seorang Suami saya terlintas satu artikel yang diberikan kepada saya oleh rakan saya yang ingin saya berkongsi....


Artikel Cinta ini berdasarkan kisah yang benar. Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua.


Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan.


Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.


Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari diaboleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan.


Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.


Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.


Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.


Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.Dengankalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ........."Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.



Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya."Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih daricukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?


Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada paksuyatno...


Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...Disitulah Pak Suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah...


Dan itu merupakan ujian bagi saya.Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .


Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

Ahad, 3 Mei 2009

Hempedu Bumi-Andrographis paniculatana Dan Senergi IMT HPA produk terbaru : New HPA Revelation For HIV treatment

Salam HPA,


Topik yang menarik dan Serius pada hari ini...

Pada pengetahuan orang ramai berdasarkan sumber rujukan dalam buku bertajuk 'Rahsia Herba' tulisan Herbalis Theresa Ong yang terkenal dalam kompilasi herba dalam kolumnis Majalah Mingguan Wanita...Hempedu bumi hebat dikatakan sebagai ubat 1001 macam malah boleh merawat penyakit kronik termasuk HIV....

Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Ismail kerana mengeluarkan produk based ini iaitu produk HPA iaitu IMT...bagi menggantikan painkiller yang sedia ada....


Kegunaan tempatan


Pernah dilaporkan air rebusan dari daun diminum bagi mengubati tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit tekak (tonsillitis), selsema, sakit dada, cirit birit dan demam. Ia juga diminum sebagai tonik. Daun yang ditumbuk juga di guna sebagai ubat penahan sakit bagi gigitan ular dan serangga berbahaya.


Mengubati selsema (1200 mg/hari), sakit tekak dan demam (pharyngotonsillitis) (3.9 g/hari) dan jangkitan pada saluran atas sistem pernafasan (340 mg). Mempunyai kesan merendahkan paras gula dalam badan, mengurangkan tekanan oksidatif, melindungi hati dari keracunan dan kesan antimalaria.
Dehydroandrographolide succinic acid monoester (DASM) didapati boleh menghalang jangkitan virus HIV.

Kanan Produk HPA baru:
Kegunaan:

Kapsul IMT (Imuniti)

-utk pertahann badan/antibodi-ada herba hempedu bumi dan herba deep cleansing
-Lancarkan peredaran darah, kurangkan berat badan, buang angin
-Lawas perbuangan air kecil, menambah tenaga
-Bantu perhadaman, Mengatasi masalah sembelit, Melawaskan perbuangan air besar
-Kurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit
-Melegakan batuk, deman dan selsema
Testimoni Saya:-
Untuk makluman semua , saya adalah pengguna hempedu bumi sejak 8 tahun yang lalu. Ini kerana Ibubapa saya mengedarkan herba jenis ini kepada ramai orang umumnya kepada pesakit kencing manis dan darah tinggi....tetapi menggunakan tablet 25g yang diusahakan oleh seorang usahawan dari Thailand telah membuat saya berfikir adakah herba ini halal dan bersih dari GMP....Alhamdulillah setelah diperkenalkan HPA pada saya dan kewujudan produk ini saya bertukar menggunakan IMT dalam rutin saya....kesan ketara menggunakan IMT nie ialah badan rasa ringan sekali bila selepas Subuh dan ini membantu saya fokus dalam pembelajaran dan pembacaan saya.....Selain itu, pemakanan berterusan dan terkawal saya saksikan kepada rakan saya berumur 54 tahun iaitu mencatatkan penurunan keputusan ujian air kencing dari 18 turun ke 9....saya pencapaian yang luar biasa bagi pengidap penyakit kencing manis tahap 1 dan 2....
Salam HPA kepada pejuang HPA teruskan perjuangan.....

Jumaat, 1 Mei 2009

Khasiat Halba



Salam Perjuangan HPA,




Hari ini kita akan berkongsi tentang khasiat Halba......iaitu satu ramuan herba dalam banyak produk HPA.....


Baru-baru nie kawan saya seorang herbalis mengesyorkan khasiat halba nie.....

Selalunya halba nie kita lihat dalam makanan nasi dagang di Terengganu tetapi ianya mempunyai khasiat tersendiri dalam resepi Alam Melayu....

Sebagai Contoh : sekiranya dicampurkan halba bersama-sama teh herba dengan madu HPA kesannya sungguh berkesan dalam melawan penyakit-penyakit kronik seperti anti-kanser, penuaan, radang paru-paru dan sebagainya....

Saya cadangkan penggunaan halba di dalam teh herba HPA bersama madu lebah untuk penjagaan kesihatan kita bersama-sama produk yang lain...contoh sukatan ialah dua sudu camca teh halba bersama satu sachet teh herba dan satu camca teh madu HPA....

Gunalah halba kerana khasiatnya sangat tinggi dan saya beli 300gram baru RM1.50 jer satu peket....sangat murah......

Insyallah sangat berkesan untuk pelbagai penyakit dan dalam pakej yg murah....

Sila rujuk perawat HPA dan Herbalis berdekatan untuk mengetahui khasiat halba ini...Gempur Radix...

Selasa, 28 April 2009

Amalan-Amalan Dalam Islam

Assalamulaikum dan Salam HPA,

Larangan dan Peraturan Selepas Makan
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

Larangan-larangan terhadap amalan perbuatan dan kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

Faktor-faktor yang menguatkan tenaga tubuh badan
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

Faktor yang boleh mendatangkan penyakit
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

Faktor yang boleh melemahkan badan
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

Supaya badan sentiasa sihat
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

Bagi menambahkan kecerdasan akal
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

Faktor-faktor yang membawa kepada menjadi pelupa/melemahkan daya ingatan dan kefahaman
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

Supaya air yang diminum mendatangkan kesihatan untuk badan seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

Cara tidur yang sebaik-baiknya diamalkan oleh Rasullullah S.A.W
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

Waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

Bahaya tidur di siang hariDilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

Cara Menghindarkan lesu selepas bangkit dari tidur
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

Perkara-perkara yang boleh melemahkan tenaga dan mempercepatkan tua
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

Faktor-faktor yang membawa kepada lemah daya penglihatan
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

Sebab-sebab utama ditimpa penyakit jantung
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan


Senarai yang dibuat ini setengah hanya sebagai petua atau nasihat untuk tidak melakukannya kerana dikatakan boleh mengundang penyakit...sekiranya ada kemusykilan sila jumpa perawat atau herbalis HPA yang berdekatan....

P/S: Untuk mengelakkan perkara-perkara di atas saya galakkan penggunaan produk HPA seperti Spirumadu atau Evergreen Centella dan sebagainya...

Isnin, 27 April 2009

Tanda-tanda penyakit



Salam HPA


kenali perubahan pada diri dan bahagian tubuh anda.perubahan-perubahan tersebut memberikan tanda penyakit, ketidakstabilan dan gejala tidak sihat pada diri anda. kenalpasti dan ambil tindakan yang sewajarnya sebelum ia memberi kesan yang lebih teruk
1.mata (bertindak balas dengan keadaan hati) Mata menjadi merah : hati mengandungi paras toksin yang tinggi.mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlakuü Keluar tahi mata : fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.ü Keluar air mata : gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.ü Ketegangan mata dan kelopak : tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2.hidung(hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong) ü Selesema : proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).ü Hidung sumbat : paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.ü Bersin ; i. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.ii. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung
3.batuk Batuk keluar kahak : proses membuang toksin di bahagian kerongkongü Batuk tanpa kahak : paru-paru mengandungi toksin yang berlebihanü Batuk dan berasa gatal di kerongkong : proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4.kerongkong Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksinü Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5.bibir (berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)ü Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.B. Perut mengandungi angin.C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurangsempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besiü Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6.mulut dan lidah(berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)ü Lidah atau gusi bengkak, sakit : menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.ü Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihanü Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin
Sekiranya terdapat tanda-tanda awal penyakit ini gunakan produk herba HPA seperti yang dicadangkan iaitu 3D....Salam perjuangan HPA

Sabtu, 25 April 2009

Homeparty Rumah Nur Telok Air Tawar

Salam HPA dan salam ukwahbillah...
Pada 25/4/2009, pihak kami terdiri dari kepimpinan PJS Muzafar Aliyasak, PL Abd Hijar, PRX Habasah Ali dan saya telah mengadakan sesi homeparty HPA di Rumah Nur , Telok Air Tawar Pulau Pinang...
Disebalik program hari itu, Rumah Nur yang terdiri dari Ibu-ibu tunggal dan kaum wanita ada mengadakan sesi Masakan Pengantin dan pihak HPA sekali lagi dijemput untuk mengadakan sesi pengenalan ahli dan pemasaran HPA pada hari itu...Kelihatan gambar di atas penerangan diberikan oleh PJS Muzafar Aliyasak kepada Ibu-ibu tunggal yang ingin menceburi bidang ini secara serius...
Saudara Abd Hijar begitu sibuk bertugas memberi sokongan yang diberikan kepada program-program ini....syabas kerana aktif dan memberi sokongan yang jitu terhadap HPA......

Program pada hari ini pada mula-mulanya dijangkakan 28-30 orang tetapi setiap orang ada komitmen tersendiri jadi cuma 10 orang yang berminat.....jadi setiap orang itu menjadi fokus pada kumpulan kami hari itu....

Cabaran dakwah pada hari itu yang saya pegang dan ingat ada hamba Allah itu apabila diterangkan tentang produk HPA dan pendapatan yang dijangkakan dan juga statement dari PJS Muzafar Aliyasak hasil aktif dalam HPA sebanyak RM9,000.00 sebulan dibalasnya dengan komen negatif iaitu 'pendapatan suami saya lebih dari itu' dengan nada sinis dan pandangan yang rendah.......kalau ikut emosi saya memang marah jugak dengan perlakuan sombong tadi tetapi apabila ditarbiahkan diri saya ringkas saya menjawab dengan nada sederhana, 'itu pendapatan suami puan bukan pendapatan puan.' Hamba Allah itu terus tersipu-sipu dan beredar dari situ....beberapa orang yang terdengar perbualan ringkas kami jadi tertarik dengan soalan ringkas saya tadi duduk dan dengar taklimat PJS Muzafar...
Hasil dari program Homeparty itu....terdapat 4 orang yang berminat dan masuk jadi ahli pada hari itu jugak....Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat terutama PJS Muzafar yang sanggup turun padang memberi rangsangan moral dan penyampaian yang mantap dalam program hari itu....dari kanan ke kiri En Abd Hijar,PSJ Muzafar, Cik Fatimah Hajar dan Habasah Ali...terima kasih atas sokongan dan perjuangan anda.....
Pada hari itu juga terdapat seorang ibu tunggal yang menyara 7 orang anak yang hadir dan berminat nak bersama-sama HPA tetapi tidak berapa mampu....Pihak kami atas iniasitif bersama-sama atas sikap ihsan dan berkasih-sayang sesama Muslim menaja orang tersebut dan insyallah Allah akan membuka rezeki kakak ini untuk membantu bagi menyara 7 orang anak yang kematian tempat berpaut iaitu pengorbanan seorang Ibu Tunggal yang saya kagum...Saya sendiri melihat akan ujian pada kakak ini sebak di hati dan akan memberi jalan yang yang ringan kepada kakak ini yang akan diceritakan dalam blog ini ....Insyallah....

Akhir kalam, pihak kami ucapkan teruskan bersama-sama HPA dan pengalaman di Rumah Nur menghargai Ibu-ibu Tunggal yang memang memerlukan bantuan dari komuniti yang prihatin....




Jumaat, 24 April 2009

Makan Malam Menu Radix Oriental Cuisine Sg Petani

Assalammualaikum dan Salam HPA,

Kelmarin malam saya bersama keluarga singgah sebentar dan menikmati makan malam di Radix Oriental Cuisine atau singkatannya ROC....


Pada malam kelmarin ramai orang sedang menunggu untuk makan malam macam saya jugak cuma saya selepas solat Maghrib terus ke sana bersama keluarga. Alhamdulillah ada jugak tempat untuk kami...yang tidak dapat masuk ada jugak malam tue...sambutan amatlah menggalakkan untuk makan malam di situ...





Makan bersama keluarga nie , kadang-kala anak kecil buat ragam
jenuh nak kepit takut langgar orang la....baling batu...tetapi anak kecil saya bagus gak malam tue mood baik kot tukar persekitaran yang baru bagi dia...Nie dia jenuh kepit takut lari....



Selepas beberapa minit...pelayan serba merah datang meminta pesanan ...selepas dibelek-belek kami pon memilih untuk pakej RM59 untuk makan 4 orang macam menu sebelah kiri ini... Mula2 tak reti memilihnya setelah diajar oleh pelayan apa hidangan istimewa disuruh pakej 1 ikan kerapu sebab mak saya alergi cendawan....mulalah aktiviti menunggu....




Sebelah bawah ibu,isteri saya sibuk mengira menu yang disajikan...tak sabar dah nak rasa....yang unik menu ini ialah minuman teh herba yang disajikan sebijik rasanya dengan minuman teh cina yang pernah saya rasa di luar...jangan risau yang tue pon Muslim Restoran jugak di Bertam....


Masakan yang dihidangkan terasa sedap sekali....air teh herba ini sebenarnya 'free flow' waduh memang kick gitu.....
Ikan kerapu masak masam memang sedap rasa nak secawan lagi....memang tema Radix betul saya nie.....


Teguran Membina:
Ketika melayan karenah anak saya mencuci tangan saya ada membuat pemerhatian sekilas lalu dan melihat seorang pembantu dapur berpakaian tidak menutup rambutnya....saya bersangka baik mungkin dia terlalu panas duduk dalam dapur....mungkin selepas ini kualiti ini perlu dijaga bagi menjaga imej HPA yang kita sayang...jika saudara/i ada melawat saya terlihat pada dapur transparent di tempat bancuh air....Saya harap disiplin ini dipelihara untuk kebaikan semua....
Salam perjuangan HPA....