Salam HPA dan salam ukwahbillah...
Pada 25/4/2009, pihak kami terdiri dari kepimpinan PJS Muzafar Aliyasak, PL Abd Hijar, PRX Habasah Ali dan saya telah mengadakan sesi homeparty HPA di Rumah Nur , Telok Air Tawar Pulau Pinang...
Disebalik program hari itu, Rumah Nur yang terdiri dari Ibu-ibu tunggal dan kaum wanita ada mengadakan sesi Masakan Pengantin dan pihak HPA sekali lagi dijemput untuk mengadakan sesi pengenalan ahli dan pemasaran HPA pada hari itu...Kelihatan gambar di atas penerangan diberikan oleh PJS Muzafar Aliyasak kepada Ibu-ibu tunggal yang ingin menceburi bidang ini secara serius...
Cabaran dakwah pada hari itu yang saya pegang dan ingat ada hamba Allah itu apabila diterangkan tentang produk HPA dan pendapatan yang dijangkakan dan juga statement dari PJS Muzafar Aliyasak hasil aktif dalam HPA sebanyak RM9,000.00 sebulan dibalasnya dengan komen negatif iaitu 'pendapatan suami saya lebih dari itu' dengan nada sinis dan pandangan yang rendah.......kalau ikut emosi saya memang marah jugak dengan perlakuan sombong tadi tetapi apabila ditarbiahkan diri saya ringkas saya menjawab dengan nada sederhana, 'itu pendapatan suami puan bukan pendapatan puan.' Hamba Allah itu terus tersipu-sipu dan beredar dari situ....beberapa orang yang terdengar perbualan ringkas kami jadi tertarik dengan soalan ringkas saya tadi duduk dan dengar taklimat PJS Muzafar...
Pada hari itu juga terdapat seorang ibu tunggal yang menyara 7 orang anak yang hadir dan berminat nak bersama-sama HPA tetapi tidak berapa mampu....Pihak kami atas iniasitif bersama-sama atas sikap ihsan dan berkasih-sayang sesama Muslim menaja orang tersebut dan insyallah Allah akan membuka rezeki kakak ini untuk membantu bagi menyara 7 orang anak yang kematian tempat berpaut iaitu pengorbanan seorang Ibu Tunggal yang saya kagum...Saya sendiri melihat akan ujian pada kakak ini sebak di hati dan akan memberi jalan yang yang ringan kepada kakak ini yang akan diceritakan dalam blog ini ....Insyallah....
Akhir kalam, pihak kami ucapkan teruskan bersama-sama HPA dan pengalaman di Rumah Nur menghargai Ibu-ibu Tunggal yang memang memerlukan bantuan dari komuniti yang prihatin....
Akhir kalam, pihak kami ucapkan teruskan bersama-sama HPA dan pengalaman di Rumah Nur menghargai Ibu-ibu Tunggal yang memang memerlukan bantuan dari komuniti yang prihatin....
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan